Selasa, 27 Mac 2012

Makanan-Makanan Yang Kita Suka

Murtabak Makassar

Ais Krim Pelangi Pedelpop

Pengat Pisang Sejuk Baru Keluar Dari Peti Ais

Kacang Tumbuk Cap Budak Sekolah Berlari

Nan Kimma

Nasi Kandar Saleem

Koko Jeli

Mee Kari Ketam

Mee Udang

Beger Bakar

Kek Coklat Hiro

Ahad, 6 November 2011

Sempena Aidiladha ini aku korbankan berat badan unggul aku dengan makan secara berlebihan. Salam Aidiladha untuk semua.


Selasa, 25 Oktober 2011

Alat Penimbang

Semalam, aku bawa bakal-bakal dentist dari UIA meronda Ipoh. Di sebabkan Ipoh takde apa sangat tambahan pula pada waktu malam, kalau tengah malam boleh bawa pegi tengok bapuk hehe jadi aku bawa mereka ke Dataran Ipoh. Sebelum tu singgah kedai jepun berhadapan Ipoh Parade. Aku pun tak tau nama kedai tu apa. Tapi kebanyakkan barang dia harga rm4.90 dan cool-cool belaka. Kemain seronok diorang masuk kedai tu, aku syak diorang ni kaki tengok drama jepun hehe

Sedang aku meninjau keadaan sekeliling, tiba tiba mata aku terpaku ke arah sesuatu. Dahiku berkerut meneliti apa yang tertulis pada kotak ini. Ciss, satu apa pun tak faham!

Yang aku faham, benda ni alat penimbang. Kalau aku pijak penimbang ni, dia akan pusing 80 kali. kah kah kah


Benda ni bersaiz besar sikit je dari tisu poket. How cool is that?

Sekali imbas alat penimbang ni macam bendera pas ada, mata freemason pun ada.

Nak sukat air boleh, timbang barang pun boleh. Sayangnya alat ni tak boleh timbang dosa.

Selasa, 11 Oktober 2011

Kek Pelangi

Harini aku buat kek pelangi. Ini adalah percubaan pertama aku membuat jadah ni. Rasanya macam ada tertinggal satu kaler. Masa sekolah rendah dulu, kawan aku ada buat formula cara nak ingat warna pelangi. Dia suruh hafal macam ni, "Michael Jackson kills his brother in United". Jadi warna pelangi ialah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu.

Nak buat benda ni aku kena bersabar, almaklumlah rumah aku takde banyak acuan kek bersaiz kecil. Jadi kena ulang-ulang bakar mengikut warna.


Amacam feminin tak dia punya perhiasan? Siap ada bunga lagi, bunga tu aku beli dekat Jayen je. Bleh tahan cilake gak dia punya mahal. Bukan sedap pun, rasa kertas je.


Gambar ni gelap la, kaler pelangi dia tak nampak sangat. Kalau ada rejeki lebih boleh la beli DLSR ke DSLR apetah yang budak-budak gantung kat tengkuk tu.

Resepi dia kamu semua boleh gugel je, taip je rainbow cake mesti jumpa. Aku malas nak hafal, baik hafal surah yasin, boleh juge guna nak lawan hantu.

Isnin, 10 Oktober 2011

Mee Udang Sempoiii...

Hai semua, kali ini aku ingin mengulas tentang sebuah kedai makan tempatan yang menyajikan sebuah makanan yang diberi nama Mee Udang. Tempat ni diperkenalkan oleh abah aku. Dia menemui kedai ni ketika sedang mencari tempat lepak selepas beraktiviti surau dengan geng surau. Ianya terletak di Ulu Kinta, Ipoh.

Kedai ni ada seorang pakcik ambil oder yang 'supercool' atau dalam bahasa melayunya 'sempoi'. Kalau bernasib baik, anda akan dilayan oleh beliau. Salah satu ke'sempoi'an nya ialah jika anda bertubuh gempal, beliau akan menyarankan minuman Ambra Asam Boi yang mampu memotong lemak kepada anda.


Pinggan dan udang ni sepatutnya besar tapi bila ambil gambar jadi tak besar pula. Mungkin sebab aku tak ada DLSR ke DSLR ntah. Aku pun tak tahuuu. Cewah macam lagu taman rasyidah utama la pulak.

Mee Udang ni ada pilihan samada nak biasa atau pun sempoi. Maka hendaklah kamu memilih yang sempoi. Moga-moga kamu berkenyang.

Rabu, 5 Oktober 2011

Beger Jalanan

Termasuk harini dah 3 hari aku berturut-turut makan beger. Aku makan beger bukan sebab dasar pandang ke barat atau prinsip serampang 3 mata tapi di sebabkan beger depan rumah aku ni harganya rm2 saja. Itu pun kalau lu oder beger daging atau ayam biasa la..

Aku bukan orang senang nak makan nasi goreng daging merah tiap-tiap hari. Tapi cuba kamu semua fikirkan makanan apakah yang paling murah dan berkhasiat dengan harga rm2?

Nasi bujang dengan beger jela rasanya. Tapi ada juga kedai yang bastet jual nasi bujang harga rm2.50. Jadi kepada anda yang kesempitan hidup boleh lah membeli beger di depan Surau At-Taqwa, Bandar Baru Ampang. Rm 2 dan sedap sebab dia guna daging ramli, kalau jenis yang pakai jenama lain ni memang minta penerajang.

Maafle abang memang garang bab makanan, gambo pun takdan nak ambik. Lapo bebenor dah teman tadi.

Fak Mekdi, Hail beger jalanan!

Ahad, 25 September 2011

In Auto Bistro Penggemar Kereta


Sebenarnya aku pun tak tau mengenai kewujudan kedai ni, kebetulan pada jam 10.30malam semasa hendak menghantar kawan pulang ke rumah aku ternampak kedai ni di tepi jalan lalu aku memberhentikan kenderaan.

In Auto Bistro menggunakan kereta potong sebagai daya tarikan, di atas tu adalah tempat menyediakan makanan yang di tempah oleh pelanggan. Manakala, kancil merah tu adalah kaunter pembayaran.

Di bawah ialah pelbagai jenis minuman yang telah di'modified'.
Malangnya aku hanya dapat merasa air Mangga Type S sahaja ekoran selsema yang menghantui hidung aku sejak semalam.

Roti Lambor hehehe

Bistro ini juga dikelilingi dengan trek lumba kereta kontrol.

Markah:
Persekitaran 4/5
MakanMinum 4/5
Keramahmesraan abang ambik oder 4/5


Keesokan harinya apabila aku mahu pulang ke Kolumpo, aku terlihat suatu benda.